Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Daripada pemain bola... kini jadi pelayan kafe pula

Zulkifli pilih kerjaya di kafe selepas tugas sebagai pemain bola sepak tidak diteruskan
Apr 03, 2016 | 05:30 AM



Liga-S telah bermula dengan sambutan di luar jangkaan musim ini, tetapi bagi beberapa bekas pemain bola sepak profesional, kerjaya mereka telah tamat lebih awal daripada diharapkan. NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) melaporkan.



MUHAMMAD Zulkifli Suzliman tidak pernah menjangka beliau akan bertugas menyusun kerusi meja dan melayan pelanggan.



Lebih sedekad lalu, kerjaya dalam bola sepak bukan sahaja amat mengghairahkannya, malah ia satu-satunya sasarannya.



Namun kini, impian untuk terus berkecimpung dalam sukan bola sepak hancur bagi bekas anggota Akademi Bola Sepak Nasional (NFA) itu.



Dilepaskan oleh Geylang International di akhir musim lalu, penyerang berbakat yang kurang setahun ini mendirikan rumah tangga itu kini membina kerjaya alternatif sebagai pelayan di sebuah kafe di Robertson Quay.



"Keputusan saya bersara ini diambil dengan berat hati. Tentunya saya kecewa... tapi saya tiada banyak pilihan lain.



"Terus terang, adalah sukar bagi saya menyesuaikan diri dengan kerjaya di luar bola sepak. Tapi kini saya bertekad menyara hidup keluarga saya dengan pekerjaan di luar padang.



"Mungkin pintu rezeki saya dalam bola sepak telah tertutup," kata Zulkifli yang juga pernah menyarung jersi Home United dua tahun lalu.



Beliau mempunyai sijil Higher Nitec dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal tetapi menurutnya, beliau kurang yakin menceburi bidang kejuruteraan dan akur mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan 'jadual kerja' di luar padang bola sepak.



Akhirnya, beliau berjaya mendapat tugas sebagai pelayan yang memberinya pendapatan lebih tinggi berbanding pendapatan kurang $1,000 sebulan semasa beraksi dalam Liga-S.



"Kini saya mampu menabung dan membuat rancangan jangka panjang," kata Zulkifli yang sedang menanti mendapat kunci flat Bina Ikut Tempahan (BTO) daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak lama lagi.



Kisah Zulkifli menyentuh perasaan, tetapi ia bukan suatu perkara yang unik dalam bola sepak setempat.



Pemain nasional dan bekas rakan sepasukan Zulkifli di NFA, Izzdin Shafiq, berharap lebih ramai pemain muda dan berbakat akan diberi peluang membina kerjaya bola sepak profesional.



"Jika tidak... usaha mereka selama ini bak sesia sahaja... sayang sekali," kata Izzdin yang kini mewakili Tampines Rovers.



Sementara perangkaan daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menunjukkan usia purata pemain setempat musim ini - 25.64 tahun - lebih rendah berbanding usia purata pada musim lalu iaitu 27.56 tahun dan pada 2014 (26.81 tahun); keciciran pemain muda daripada sistem bola sepak setempat masih berlaku.



Perkara itu mencetuskan keprihatinan, terutama di Singapura yang mempunyai 'tampungan' pemain bola sepak lebih kecil berbanding negara lain.



Penyerapan semula pemain LionsXII ke liga setempat tahun ini secara tidak langsung turut memainkan peranan.



Walaupun perkembangan itu meluaskan pilihan bagi kelab setempat dan meningkatkan mutu permainan - LionsXII dibentuk kebanyakan pemain nasional - realitinya adalah perkembangan itu mengurangkan tempat bagi pemain lain.



Juga, sejak LionsXII ditubuhkan pada 2012, jumlah kelab setempat dalam Liga-S telah merosot daripada 10 kepada tujuh, termasuk Garena Young Lions - pasukan yang dibentuk kebanyakan pemain bawah 21 tahun.



Sembilan pasukan menyertai Liga-S musim ini termasuk dua kelab asing - Brunei DPMM dan Albirex Niigata.



Sejumlah 136 daripada 198 pemain atau 68.7 peratus, yang berdaftar dengan Liga-S musim ini ialah warga Singapura - perangkaan lebih tinggi berbanding sekitar 51.3 peratus pada 2015 dan 54.4 peratus (2014).



Menurut jurucakap FAS, 41 daripada 136 pemain setempat itu beraksi dalam musim sulung di Liga-S.



Sejumlah 29 pemain dilantik dari Liga Prime atau berpindah dari Garena Young Lions (GYL).



Lagi 12 pemain baru menyertai GYL.



Dimulakan dalam 1997, Liga Prime - kini pertandingan bawah 21 tahun - berperanan sebagai sistem persediaan dan sumber pemain bagi kelab Liga-S.



Statisik pemain muda yang memulakan kerjaya di Liga-S musim ini konsisten dengan perangkaan pemain Liga Prime yang tercicir dari Liga-S sejak lima tahun lalu.



Sejumlah 51 daripada sekitar 250 pemain Liga Prime dari 2011-2013 melangkah ke Liga-S - kadar keciciran 80 peratus.



Ini bermakna hanya dua daripada 10 pemain muda di Liga Prime akan meneruskan kerjaya sebagai pemain profesional - kadar yang mencetus keprihatinan.



Ditanya tentang perkara ini baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Liga-S, Lim Chin, berkata pihaknya sentiasa mencari 'keseimbangan' dalam menggalakkan lebih ramai pemain setempat terutama yang lebih muda beraksi dalam Liga-S.



Penjaga gawang mapan Yazid Yasin yang telah beraksi dalam setiap musim Liga-S sejak ia bermula pada 1996, berharap keseimbangan itu akan ditemui dengan cepat agar bakat muda tidak terus tercicir.



Beliau mengesyorkan agar lebih banyak kelab diizin mengadakan Pusat Kecemerlangan (COE) bola sepak bagi mengenal pasti dan memupuk bakat muda.



Buat masa ini, hanya tiga kelab - Home United, Balestier Khalsa dan Warriors FC - memenuh kriteria FAS bagi mengendalikan akademi masing-masing.



"Perkara paling penting ialah membuka seberapa banyak peluang bagi pemain muda. Tanpa peluang, mereka tidak akan ke mana-mana,'' kata Yazid, 36 tahun, yang mengasah bakat di akademi bola sepak bekas kelab Liga-S Sembawang Rangers.



Sependapat dengannya, Zulkifli berharap pengalaman yang dilaluinya tidak akan dilalui pemain bola sepak muda lain.



"Impian saya membina kerjaya dalam bola sepak dirobek sebelum ia benar-benar bermula.



"Saya harap pemain lain tidak akan melalui nasib yang sama," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >