LONDON: Sir Alex Ferguson berkata Manchester United adalah pesaing serius bagi menjuarai Liga Perdana England buat kali pertama sejak beliau bersara pada 2013 setelah David de Gea menetapkan masa depannya kepada kelab itu.
De Gea hampir menyertai kelab Real Madrid pada hari terakhir pemindahan, tetapi pemindahan itu tidak berhasil kerana dokumen kerja yang berkaitan tidak sempat dikemukakan.