De Gea kekal di Old Trafford, United dan Real tuduh-menuduh

MADRID: Real Madrid dan Manchester United tuduh-menuduh pada Selasa (1 September) selepas pemindahan penjaga gol United, David de Gea, ke kelab Sepanyol itu terbantut pada saat-saat akhir.

Real menuduh United menghantar dokumen yang diperlukan bagi menyelesaikan perjanjian itu selepas tarikh akhir di Sepanyol bagi mendaftarkan pemain, tetapi kelab Inggeris itu menyalahkan Real dan berkata mereka "gembira" dengan apa yang berlaku.

Real seolah-olah bersedia menyelesaikan pemindahan itu lewat Isnin lalu dengan perjanjian bernilai antara 30 juta ($48 juta) hingga 40 juta euro dan melibatkan penjaga gol Keylor Navas menyertai United.

Tetapi sumber-sumber Liga Sepanyol mengesahkan de Gea tidak didaftarkan dan Real mengakui mereka menghantar dokumen yang diperlukan selepas tempohnya ditutup.

Real kemudian mengeluarkan kenyataan menyalahkan United, yang membalas ia bertindak "dengan betul dan cekap".

United berkata Real memulangkan versi tidak lengkap sebuah dokumen utama, membuat perubahan besar lewat ke atas dokumen dan menghantar dokumen yang diperlukan bagi membatalkan kontrak de Gea hanya lima minit sebelum tarikh akhir.

Ia mendakwa telah memuat naik perjanjian pemindahan ke Sistem Pemadanan Pemindahan sebelum tarikh akhir itu tetapi Real tidak memuat naik dokumentasi berkaitan de Gea dalam tempoh tersebut.

Dalam kenyataannya, United menyatakan: "Kelab ini amat gembira Pemain Terbaiknya selama dua kali yang digemari peminat, David de Gea, kekal sebagai pemain Manchester United."

Real tidak nyatakan apakah mereka berhasrat merayu kepada Fifa.

Badan bola sepak dunia itu enggan mengulas ketika dihubungi Selasa, tetapi mengesahkan tiada rayuan telah dibuat oleh mana-mana pihak.

Kontrak de Gea bersama United tinggal setahun, bermakna beliau boleh menyertai Real secara percuma tahun depan.

Pengurus United, Louis van Gaal, belum menurunkan de Gea dalam sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini atas alasan pemain antarabangsa Sepanyol itu tidak fokus dek minat yang ditunjukkan Real terhadapnya. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.