MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal, masih tidak berpatah harapan melihat David de Gea, beraksi bagi kelab itu selepas menggugurkan penjaga gawang itu yang "kurang fokus" daripada pertarungan pembukaan musim menentang Tottenham Hotspur kelmarin.
United membuka tirai musim baru ini dengan kemenangan 1-0 - terima kasih kepada 'gol hadiah' pemain Spurs, Kyle Walker.