Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dickson Chumba catat rekod dan kejuaraan Maraton Tokyo

Feb 23, 2014 | 05:39 PM



TOKYO: Pelari Kenya, Dickson Chumba ialah pelari terpantas Maraton Tokyo dalam sejarahnya apabila beliau menamatkan perlumbaan dengan masa rekod 2 jam 5.42 minit (2.05.42) di ibu kota Jepun itu pagi tadi. Acara wanita dimenangi oleh pelari Habsyah Tirfi Tsegaye dalam masa 2.22.23.


Chumba turut memecahkan rekod peribadi - 2:05:46 - yang dicatatnya selepas melengkapkan larian jarak 42.195 kilometer itu di Maraton Eindhoven dalam 2012.


Tempat kedua diraih oleh Tadese Tola dari Habsyah (2:05:57), diikuti peserta Kenya Sammy Kitwara (2:06:30).


Lebih 36,000 pelari mengambil bahagian dalam Maraton Tokyo kelapan ini - salah satu daripada enam maraton utama dunia, selepas Boston, London, Berlin, Chicago dan New York,


Sementara itu, juara berganda maraton dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Abel Kirui, yang berlumba buat pertama kali sejak kakinya retak tahun lalu berjaya melengkapkan perlumbaan lelaki di tempat ke-10 dengan masa 2:09:04.


Kirui, yang menjadi johan dunia maraton dalam 2009 dan 2011 mengalami kecederaan itu dalam latihan untuk maraton London Mac lalu dan tidak dapat bertanding mempertahankan gelarannya di Kejohanan Dunia di Moscow, Russia, Ogos lalu.


Namun, keputusan terbaru ini bukan sahaja menggalakkan malah memberi keyakinan baru kepada Kirui yang bercadang mendapat tempat dalam skuad negara ke Sukan Komenwel yang berlangsung di Glasgow, Scotland, Ogos ini. - Agensi


AGENSI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >