KEDEDUANYA memendam hasrat yang sama apabila berlepas ke Grand Prix Atletik Terbuka Berlin di Jerman malam tadi - mencatatkan prestasi terbaik dengan harapan layak dipilih dalam kontinjen Singapura di temasya Sukan Paralimpik Rio pada September ini.
Beraksi dalam kategori atlit kerdil atau 'dwarfism', Muhammad Diroy Noordin, berazam terus menunjukkan peningkatan dalam dua acara kegemarannya - lontar peluru besi dan lontar lembing (F40) - manakala tumpuan atlit yang dilahirkan dengan kecerdasan minda yang rendah, Suhairi Suhani, ialah pada acara lompat jauh (T20).