Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AUSTRALIA

Djokovic terharu sokongan gemuruh dari penyokong di Melbourne

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



MELBOURNE: Novak Djokovic menerima tepukan gemuruh dalam perlawanan pertama kembali ke Terbuka Australia selepas kontroversi pengusirannya tahun lalu.



Juara sembilan kali itu mengalahkan Roberto Carballes Baena 6-3 6-4 6-0 kelmarin, sekali gus meletakkannya dalam kedudukan kukuh untuk merebut kejuaraan tahun ini.



Tahun lalu, pemain Serbia yang prolifik itu tidak dapat mempertahankan gelarannya selepas dihantar pulang di tengah-tengah kemarahan orang ramai kerana tidak menjalani vaksinasi Covid-19.



Kelmarin, di gelanggang sama di Melbourne Park, Djokovic menyelamatkan tiga mata awal untuk memenangi set pertama sedang peminat melaungkan namanya.



"Saya berasa sangat dialu-alukan di gelanggang, terutamanya masyarakat Serbia yang besar di sini di Australia. Mereka telah menyambut saya dengan luar biasa. Begitu banyak sokongan. Saya rasa disayangi," kata Djokovic kepada wartawan.



"Saya tidak mungkin meminta permulaan yang lebih baik di kejohanan ini dari segi sokongan, dari segi perasaan saya di gelanggang dan dari segi permainan."



Paha kiri yang dibalut akibat kecederaan otot yang dialaminya dalam perjalanan merangkul gelaran Adelaide tidak menjadi penghalang kepada jaguh berusia 35 tahun itu.



Menguasai permainan dan mencatatkan mata demi mata, Djokovic membuktikan reputasinya sebagai pemain pilihan utama untuk memenangi kejuaraan, yang akan menjadikannya setaraf dengan pencapaian Rafael Nadal yang mempunyai 22 kejuaraan utama sejauh ini.



Djokovic, yang boleh merangkul ranking nombor satu dunia daripada Carlos Alcaraz dengan memenangi gelaran di Melbourne, berkata beliau tidak terlalu memberi tumpuan tentang perkara tersebut.



"Adalah penting untuk cuba mengimbangi dengan sebaik mungkin peluang dan pencapaian di luar sana sebagai faktor motivasi... bagi menetapkan matlamat dan membimbing anda," katanya.



"Tetapi pada masa yang sama, mengimbanginya dengan tugas harian supaya anda perlu lakukan yang sewajarnya untuk memberi tumpuan kepada apa yang berlaku sekarang. Inilah yang membolehkan anda untuk memberikan yang terbaik - sekurang-kurangnya bagi saya.



"Saya pernah berada dalam situasi sebelum ini apabila saya cuba bermain untuk detik bersejarah yang sangat besar dan saya telah dianugerahkan lebih banyak kejayaan daripada kegagalan dalam situasi tertentu itu.



"Saya tahu apa yang diperlukan, saya tahu cara untuk menanganinya. Mari kita lihat sejauh mana saya boleh melangkah." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >