Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Doktor muda menang emas menembak di Terbuka Thailand

Oct 07, 2015 | 08:26 PM



SELAIN tugasnya sebagai seorang doktor, beliau turut berjinak-jinak dalam sukan menembak sejak menuntut di universiti dulu.


Sekalipun waktu latihannya agak terhad kerana perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya di Hospital Changi, ia tidak menghalang penembak muda negara, Siti Mastura Rahim, memenangi pingat emas acara 'trap' (senapang patah) perseorangan wanita di Terbuka Thailand yang berlangsung di Bangkok petang tadi (7 Oktober).


Penembak berusia 26 tahun itu mengatasi rakan senegara, Joseline Soh, 11-8 di pusingan akhir untuk merangkul pingat emas.


Ia adalah kemenangan terbesar anak sulung tiga beradik itu yang dibimbing oleh penembak berpengalaman negara, Mohd Zain Amat, sejak dua tahun lalu.


Zain bersama-sama dua rakannya, Choo Choon Seng dan Lin Hejun, yang memenangi emas acara 'trap' berpasukan di Sukan SEA yang berlangsung di tanah air pada Jun lalu turut menyertai kejohanan di Bangkok ini.


Selain peserta tuan rumah, Terbuka Thailand ini disertai penembak pelbagai negara antaranya dari Amerika Syarikat, India, Vietnam dan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >