Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Dollah Salleh: Kami boleh tewaskan Singapura

Malaysia perlu tewaskan Singapura Sabtu ini, sementara Thailand mara ke separuh akhir selepas tundukkan Malaysia 3-2 di JBS.
Nov 26, 2014 | 11:19 PM



PASUKANNYA baru mengalami kekalahan yang mengecewakan di tangan Thailand, tetapi jurulatih Malaysia Dollah Salleh berkata pasukannya mampu bangkit demi menundukkan Singapura Sabtu ini.


"Kami boleh tewaskan Singapura. Kami belum selesai. Saya percaya kami boleh," kata Dollah di sidang media sejurus selepas perlawanan Kumpulan B yang berakhir 3-2 di Stadium Jalan Besar (JBS) tadi.


Dalam perlawanan yang seimbang, Malaysia membuka tirai jaringan dalam minit ke-28 menerusi Amri Yahyah. Namun pemain gantian Adisak Kraisorn, menyamakan kedudukan pada minit ke-41, selang seminit beliau menyertai permainan. Malaysia sekali lagi meraih kelebihan dalam separuh masa kedua, kini menerusi Safiq Rahim pada minit ke-60 tetapi Charyl Chappuis menyamakan jaringan selang 12 minit.


Adisak muncul wira Thailand selepas beliau menjaringkan gol ketiga dan kemenangan di penghujung perlawanan, sekali gus mengheret Thailand ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.


Kemenangan ini bermakna Thailand mengutip enam mata maksimum dan mendahului Kumpulan B sementara Singapura - yang menundukkan Myanmar 4-2 -  di tempat kedua dengan tiga mata. Malaysia dan Myanmar memiliki satu mata dengan rekod satu seri dan satu kalah.


Dalam perlawanan Kumpulan B terakhir yang akan diadakan serentak Sabtu ini, Thailand bertemu Myanmar di JBS sementara Singapura bertemu Malaysia di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >