BERLIN: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol ke-30 musim ini bagi memimpin Borussia Dortmund ke separuh akhir Piala Jerman dengan kemenangan 3-1 di VfB Stuttgart, semalam.
Penyerang dari Gabon itu, bersama pemain sayap Jerman Marco Reus - yang menjaringkan 45 gol bagi Dortmund dalam semua pertandingan musim ini - menjaringkan dua gol pertama sebelum Henrik Mkhitaryan menyumbat gol ketiga.