Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua emas dari perenang Singapura tapi Vietnam tunjuk handal di hari pertama

Jun 06, 2015 | 09:25 PM



SINGAPURA memenangi dua pingat emas tetapi Vietnam membuktikan ia wajar diberi perhatian sebagai 'kuasa' baru acara renang di rantau ini apabila merangkul tiga daripada enam emas yang dipertandingkan di hari pembukaan acara itu yang berakhir di Pusat Akuatik OCBC sebentar tadi (6 Jun).


Dua emas Team Singapore itu dimenang perenang muda Quah Zheng Wen melalui acara 100 meter kuak lentang serta pasukan 4x100 meter gaya bebas wanita yang diwakili oleh Nur Marina Chan Alif Abdullah, Lim Xiang Qi, Hoong En Qi dan Quah Ting Wen.


Beraksi dalam kuak kegemarannya, Quah mencatatkan rekod baru Sukan SEA yang turut mengatasi rekod nasional dan masa peribadi terbaiknya semasa memenangi emas 100 meter kuak lentang dengan mencatatkan masa 54.51 saat.


Pingat perak dimenangi oleh bintang Indonesia, Gede Siman Sudartawa, yang juga merupakan pemegang rekod lama acara itu manakala gangsa dimenangi Tran Duy Khoi dari Vietnam yang menamatkan perlumbaan dengan masa 56.31 saat.


Nur Marina dan rakan-rakannya lain kemudian menjamin emas kedua negara selepas mengatasi Thailand dan Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan perak dan gangsa.


Vietnam meledakkan kekuatannya apabila memenangi acara pembukaan 200 meter gaya bebas melalui Hoang Quy Phuoc, juga dengan catatan rekod baru temasya, 1 minit dan 48.46 saat, dengan Quah - yang disertakan dalam 12 acara di temasya sukan kali ini - terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa dimenangi pelumba Malaysia, Welson Sim.


Seorang lagi perenang Vietnam yang menyerlah ialah Nguyen Thi Anh Vien, yang mendahului dari awal hingga akhir semasa memenangi acara 800 meter gaya bebas wanita dengan selesa. Beliau mencatatkan masa 8 minit dan 34.85 saat yang juga merupakan rekod baru Sukan SEA.


Perak dan gangsa dimenangi dua perenang Thailand, Ammiga Himathongkom dan Benjaporn Sriphanomthorn. Peserta tunggal Singapura dalam final itu, Rachel Tseng, terlepas pingat kerana menduduki tangga keempat.


Nguyen memenangi emas kedua - dan ketiga negaranya - melalui acara 400 meter individu rampaian. Perenang Singapura, Quah Jing Wen, memenangi gangsa dengan catatan masa 4:59.52 minit manakala perak menjadi milik pelumba Thailand, Phiangkhwan Pawapotako.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >