Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua emas pertama Team Singapore dimenangi beregu lelaki dan wanita tenis meja

Jun 02, 2015 | 11:01 PM



SINGAPURA memenangi dua pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA ke-28 ini melalui kededua beregu wanita dan lelaki tenis meja.


Emas pertama Team Singapore bagaimanapun bukan dimenangi pasangan utama wanita negara, Feng Tianwei dan Yu Mengyu, apabila mereka dikejutkan oleh dua rakan sepasukan dalam skuad nasional, Zhou Yihan dan Lin Ye, yang menang 7-11, 11-5, 11-8, 12-10, 3-11, 10-12, 11-7.


Feng, pemain keempat terbaik dunia, dan Yu, pemain ke-13 terbaik dunia, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak di akhir perjuangan maraton yang diseret tujuh set itu yang berakhir di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi (2 Jun).


Tiada kejutan dalam final beregu lelaki apabila pasangan nombor satu negara, Gao Ning dan Li Hu, beraksi cemerlang untuk mencatatkan kemenangan selesa 11-8, 11-8, 12-10, 11-4 ke atas pasangan Thailand, Padasak Tanviriyavechakul dan Chanakarn Udomsilp.


Skuad tenis meja Singapura menggariskan matlamat menyapu bersih kesemua tujuh emas yang dipertaruhkan dalam Sukan SEA ini.


Mereka berpeluang memenangi emas ketiga esok (3 Jun) melalui acara beregu campuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >