Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua gol masa tambahan bawa Jerman ke suku akhir

Jul 01, 2014 | 02:22 PM



PORTO ALEGRE (Brazil): Jerman mendapat tentangan hebat daripada wakil Afrika, Algeria, sebelum dua gol dalam masa tambahan jaringan Andre Schurrle dan Mesut Ozil memastikan tempatnya di suku akhir Piala Dunia ini - kali kesembilan berturut-turut juara Piala Dunia sebanyak tiga kali itu melayakkan diri ke pusingan lapan pasukan terakhir kejohanan ini.


Pasukan yang disebut-sebut antara pencabar bagi menjulang mahkota Piala Dunia itu bagaimanapun terpaksa berjuang sengit sebelum akhirnya menundukkan Algeria yang bermain dengan penuh bersemangat 2-1 di sini awal pagi tadi.


Malah, pasukan dari utara Afrika itu berupaya menyaingi lawannya yang lebih gagah itu dan menguasai permainan sebelum Jerman memperolehi dua gol kemenangannya.


Selepas kededua pasukan terikat tanpa gol dalam 90 minit permainan yang agak rancak dan mendebarkan, permainan terpaksa diheret ke masa tambahan untuk menyaksikan gol pertamanya jaringan Schurrle yang menguis bola dengan belakang kakinya hanya 90 saat permainan disambung.


Ozil kemudian menunjukkan kombinasi baik dengan rakan penjaring golnya itu untuk menyambar bola yang gagal ditangkap dengan cermat oleh penjaga gawang Algeria, Rais Mbolhi.


Algeria, yang beraksi di pusingan kedua Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarahnya, bagaimanapun tidak menyerah kalah.


Gol sagu hatinya dijaringkan oleh pemain gantian, Abdelmoumene Djabou, pada minit-minit terakhir permainan.


Dengan kemenangan Jerman itu, anak didik Joachim Loew akan menentang Perancis dalam pusingan suku akhir di stadium penuh bersejarah Maracana, di Rio de Janeiro, pada Sabtu ini.


Awal daripada itu, Perancis menempah tempatnya ke suku akhir selepas mengecewakan satu lagi wakil Afrika, Nigeria, 2-0, dalam perlawanan yang berjalan lebih awal. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >