LUIS SUAREZ menjaringkan dua gol demi menjamin kemenangan 2-1 bagi Barcelona ke atas Manchester City pagi Rabu, memberi kelebihan kepada kelab Sepanyol itu menjelang perlawanan peringkat kalah mati kedua Liga Juara-Juara Eropah di Nou Camp pada 18 Mac.
Bekas penyerang Liverpool itu menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan ke-30 sebelum Sergio Aguero menjaring gol dalam babak kedua bagi merapat jurang.
Bintang Barcelona Lionel Messi gagal mengembalikan kelebihan dua gol kepada pasukannya seleas tendangan penaltinya di penghujung perlawanan diselamatkan Joe Hart.