Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ecclestone perjelas kenyataan, F1 mahu perlumbaan terus diadakan di Singapura

Nov 22, 2016 | 07:21 AM



SEHARI selepas membayangkan Grand Prix Singapura tidak akan diteruskan selepas tahun depan, Ketua Eksekutif Formula Satu, Bernie Ecclestone, menjelaskan komen beliau dan berkata F1 mahu mengekalkan Singapura dalam kalendar perlumbaannya.



Dalam temu bual telefon eksklusif bersama akhbar The Straits Times pada petang Isnin (21 Nov), ketua F1 itu berkata: "Pendirian F1 ialah mudah-mudahan ia berterusan di Singapura. Semua orang gembira berada di Singapura dan (kami) tidak mahu kehilangan Singapura."



Dalam temu bual dengan sebuah penerbitan Jerman, Auto Motor Und Sport, yang disiarkan pada Ahad, beliau dipetik sebagai berkata: "Ya, Grand Prix menelan belanja wang yang banyak bagi Singapura, tetapi kami juga memberi mereka wang yang banyak."



"Singapura tiba-tiba sekarang menjadi lebih daripada sekadar sebuah lapangan terbang untuk terbang ke atau dari. Sekarang mereka percaya mereka telah mencapai matlamat mereka dan mereka tidak mahu grand prix lagi."



Ditanya mengenai kenyataannya itu, Ecclestone berkata: "Kata-kata saya ditukil dengan cara lucu. Apa yang saya katakan adalah mudah - tiada keputusan yang telah diambil."



"Rundingan sedang berjalan dan akan diselesaikan tidak lama lagi... sebelum akhir tahun ini, saya pasti. Kami ingin melanjutkan bagi jangka panjang. Kami akan lihat apa yang berlaku."



Komen Ecclestone pada penerbitan Jerman itu mengejutkan, memandangkan beliau sebelum ini menyifatkan perlumbaan Singapura sebagai "mahkota permata" sukan itu.



GP Singapura satu-satu perlumbaan malam penuh F1, dan antara yang terbukti popular dalam kalangan peminat dan pemandu.



Sebagai contoh, penonton televisyen antarabangsa bagi perlumbaan itu menginap malar sekitar 80.7 juta, walaupun penonton global sukan tersebut berkurangan daripada 600 juta pada 2008 kepada 425 juta pada 2014.



Pemandu seperti Max Verstappen (Red Bull) dan Lewis Hamilton (Mercedes) juga telah mengeluarkan kenyataan betapa mereka menikmati berlumba di litar jalanan Marina Bay.



Edisi tahun ini dimenangi Nico Rosberg daripada Mercedes, yang kini mendahului persaingan pemandu terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >