Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Edwin: Pemerintah akan terus sokong bola sepak, pastikan jadi sukan yang kuat

Jun 19, 2022 | 04:25 PM



PASUKAN bola sepak Street Cubs dinobatkan sebagai juara Perempuan Bawah 12 Tahun, manakala Bedok 04 memenangi bahagian Budak Lelaki Bawah 10 Tahun dalam pertandingan bola sepak jalanan empat sepasuk, Fandi Rules.





Dianjurkan bersama oleh pemain legenda bola sepak Fandi Ahmad, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Singapore Pools, dengan sokongan  Persatuan Rakyat (PA), pertandingan julung kali itu diadakan bersamaan projek bola sepak kebangsaan Unleash the Roar! (UTR).





Peraturan khas telah diperkenalkan untuk memberi insentif kepada corak bola sepak menyerang dan menggalak kemahiran individu.

Contohnya, pasukan pertama yang menjaringkan lima gol sebelum lapan minit menang serta-merta, lapor The Straits Times.





Kejohanan itu bermula pada 30 Mei dengan 78 pasukan budak lelaki dan perempuan bawah 12 tahun serta budak  lelaki bawah 10 tahun bertarung di gelanggang merata Singapura sebelum 26 pasukan bertanding di pusingan akhir pada  Sabtu (18 Jun).





Tetamu kehormat Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata:

“Kita akan terus menyokong bola sepak di Singapura dan memastikan bola sepak terus menjadi sukan yang kuat di Singapura... Masa depan bola sepak ada di sini.





“Dengan budak lelaki dan perempuan digalak bermain bola sepak menggunakan ruang yang tersedia di kawasan kejiranan mereka, kami berharap ini akan menyemarakkan semangat terhadap permainan yang indah ini dan menggalak mereka menjaga kesihatan   dari usia muda.”





Fandi Ahmad pula berharap acara seperti Fandi Rules itu akan menjadi acara tahunan dan akhirnya membantu mencungkil pemain bagi pasukan kebangsaan.





Pemain berusia 60 tahun itu berkata:

 “Kita perlu memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk bermain. 



“Melalui permainan dalam ruang kecil ini, mereka akan belajar cara berfikir dan bergerak pantas, serta mengembangkan kemahiran dan teknik mereka dalam situasi yang sukar.





“Alangkah bagusnya jika kejohanan ini dapat membantu meluaskan kumpulan bakat bola sepak di seluruh Singapura dan menjadi acara  lebih besar pada masa hadapan dengan anak muda boleh menunjukkan kemampuan mereka, jurulatih boleh datang mencari bakat, dan keluarga boleh keluar untuk berkumpul dan bersantai.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >