PEMAIN berbakat nasional Hafiz Abu Sujad mungkin terkejut dengan berita bahawa kelabnya - pasukan divisyen dua Liga Thailand, Big Bang Chula United (BBCU) - akan menarik diri daripada liga itu.
Namun segala usaha kini giat dijalankan untuk memastikan pemain serba boleh itu - yang selesa diletakkan di benteng pertahanan mahupun bergerak di midfield atau sayap pasukan - kekal beraksi di Thailand, seperti yang dikatakan ejen pemain itu, Abdul Halim Abdul Shukor.