Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ejen dakwa lapan pengurus EPL terima rasuah

Sep 29, 2016 | 01:49 PM



LONDON: Beberapa jam selepas Sam Allardyce dipecat sebagai pengurus England dek tingkah laku tidak sesuai, Persatuan Bola Sepak (FA) negara itu dilanda krisis baru kerana lapan pengurus dan bekas pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) mungkin dituduh menerima "bung'' bagi pemindahan pemain.



Ini hasil siasatan lama oleh akhbar The Daily Telegraph.



Akhbar British berkata ia telah bersetuju menyerahkan hasil siasatannya kepada FA dan polis selepas wartawannya yang menyamar menemui "bukti rasuah meluas dalam bola sepak Inggeris" dengan merakamkan ejen bola sepak mendabik dada mengenai berapa ramai pengurus yang merela telah sogok.



Dakwaan termasuk ejen menamakan "sebanyak lapan pengurus semasa atau baru bersara Liga Perdana Inggeris yang menurut mereka dikenali kerana mengambil 'bung' (bayaran haram) termasuk lima yang mereka kata mereka sendiri telah sogok".



Seorang ejen Italy, Giuseppe Pagliara, berkata beliau membuka akaun bank Switzerland bagi pengurus dan menggunakan perantara untuk menutup bayaran haram.



"Ada satu perkara yang saya sentiasa dapat harapkan, iaitu ketamakan pengurus besar," katanya kepada wartawan yang menyamar.



Wartawan itu bertemu Pagliara di restoran San Carlo di Manchester.



Pagliara mendakwa seorang pengurus yang pernah bekerja dalam EPL akan menggunakan kod untuk bertanya apakah beliau akan diberi wang: "Adakah sedikit kopi untuk saya, Pino?"



Seorang lagi ejen bola sepak, Dax Price, mendakwa seorang pengurus akan meningkatkan gaji pemain dan mengaturkan agar setiap daripada mereka membayarnya potongan £4,000 ($7,000) setiap bulan.



"Keadaannya bak rasuah merenung anda di muka," katanya.



Seorang ejen ketiga, bekas pemain Manchester United, Scott McGarvey, berkata beliau memberi seorang kenalan £30,000 untuk menjamin pemindahan pemain. Beliau menjelaskan pembayaran diuruskannya melalui akaun di Monaco.



Ketika dihubungi lagi, Pagliara menafikan membuat pembayaran kepada pengurus sementara jurucakap McGarvey menafikan sembarang salah laku.



Price pula berkata beliau tidak akan respon terhadap siasatan tersebut tanpa butir-butir lanjut, kata The Daily Telegraph .



Akhbar itu juga berkata dua pengurus kelab liga Kejuaraan (divisyen dua) menerima bayaran haram. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >