SEBAGAI seorang pencinta haiwan, pemain tenis wanita Elina Svitolina tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi Taman Haiwan Singapura semalam.
Pemain nombor empat dunia yang berada di Singapura buat kali pertama menjelang kejohanan Final WTA (Persatuan Tenis Wanita) BNP Paribas itu mengambil sedikit masa daripada waktu lapangnya untuk melihat beberapa spesies haiwan yang terdapat di taman haiwan itu termasuk orang utan (gambar).