BERBANDING kekalahan memalukan yang menimpa Malaysia dan Myanmar dalam kelayakan Piala Dunia 2018 kelmarin, skuad bola sepak Singapura masih boleh 'angkat muka' selepas bersaing hebat sebelum tewas tipis 0-1 kepada Syria di Stadium Sultan Qaboos, Oman, dinihari semalam.
Ia kekalahan pertama Singa dalam kelayakan Kumpulan E ini selepas tiga perlawanan tetapi dari segi semangat juang dan prestasi yang dipamerkan, ia boleh dianggap antara yang terbaik sejak Bernd Stange dilantik jurulatih nasional dua tahun lalu.