Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Emas Sukan Asia 2018 sasaran baru Sheik Farhan

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



BELIAU sebenarnya tidak banyak bercakap, sebaliknya memilih membiarkan persembahannya dalam gelanggang membuktikan kemampuan dan apa yang terpendam dalam hatinya.



Namun, daripada cahaya pada wajah dan renungan matanya yang tajam, jelas jaguh silat muda negara Sheik Farhan Sheik Alau'ddin mengidam pingat emas Sukan Asia apabila topik penampilan sulung silat dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dibualkan di Lapangan Terbang Changi lewat malam Rabu lalu.



Bercakap kepada Berita Minggu selepas menyambut kepulangan bapanya, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), dari Korea Selatan, juara berganda silat dunia dan pemenang pingat emas Sukan SEA itu berkata:



"Sudah pasti saya mahu menang pingat emas dalam Sukan Asia di Indonesia itu nanti. Ia bakal menjadi kemuncak kejayaan saya sejak saya mula tampil mewakili negara dalam Kejohanan Silat Sedunia pada 2015."



Jawapan ringkas dan padat itu menggambarkan kesungguhan Sheik Farhan, yang baru sahaja menambah satu lagi kejuaraan dalam koleksi pingat emasnya selepas muncul juara dalam Kejohanan Pencak Silat Ketiga Asia (Tanding Kelas J) di Chungju, Korea Selatan, dari 21 September hingga 3 Oktober lalu.



Skuad pesilat negara turut memenangi dua lagi pingat emas dalam kejohanan itu menerusi pasangan adik-beradik Nujaid Hasif Zainal Abidin dan Muhammad Haziq dalam acara Ganda Putera; dan Nur Azlyana Ismail serta Nurhanishah Shahruddin dalam acara Ganda Puteri.



Namun, Sheik Farhan sedar adalah tidak mudah mengulangi kejayaan dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang kerana pastinya kesemua pesilat serantau akan membuat persiapan rapi dalam penampilan pertama silat sebagai acara yang dipertanding dalam temasya itu.



"Sukan Asia adalah temasya sukan yang besar dan lebih berprestij daripada pertandingan- pertandingan yang pernah saya sertai sejauh ini. Saya pasti pesilat lain akan merasakan yang sama.



"Namun, saya akan pastikan saya berlatih lebih gigih untuk memenuhi impian saya dan matlamat yang ditetapkan ayah saya iaitu memenangi pingat emas dalam Sukan Asia tahun depan," tambah Sheik Farhan, yang membuat kemunculan cemerlang dalam penampilan pertamanya dalam Kejohanan Silat Sedunia 2015 dengan muncul juara dunia paling muda negara pada usia 17 tahun.



Beliau mengulangi kejayaan itu dalam Kejohanan Silat Sedunia pada tahun lalu untuk menjadi juara berganda dunia dan diikuti kemenangan pingat emas dalam kemunculan pertama Sukan SEA Kuala Lumpur yang baru lalu.



Mengulas potensi anaknya, Sheik Alau'ddin berkata Sheik Farhan boleh pergi lebih jauh lagi jika beliau terus berusaha keras, tidak berasa terlalu yakin dan mendengar nasihat serta tunjuk ajar jurulatih.



"Dari segi potensi, Farhan boleh pergi lebih jauh jika beliau meneruskan kerja keras dan berlatih gigih yang membolehkannya mencatat kejayaan memberangsangkan sejak mula tampil di peringkat antarabangsa.



"Namun, ada kalanya orang muda sepertinya gemar melakukan sesuatu ikut cara sendiri dan tidak mendengar nasihat dan tunjuk ajar jurulatih. Arahan dan nasihat strategik diberikan selepas kami meneliti persembahan lawan.



"Jika pesilat enggan mengikutinya dan lebih suka ikut cara sendiri, mereka ada terdedah kepada serangan lawan. Di Korea baru-baru ini, kami perlu menasihati Farhan berkali-kali supaya ikut strategi dan beliau berjaya mengecap kemenangan apabila berbuat demikian," ujar Sheik Alau'ddin untuk menunjukkan betapa penting bagi pesilat mendengar tunjuk ajar jurulatih. -ISMAIL ALI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >