PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) telah menghantar empat pesilat utama bertanding dalam kejohanan antarabangsa Terbuka Uzbeskistan yang dijadual bermula hari ini hingga Rabu depan.
Kejohanan yang memperlihatkan penerimaan silat di negara Asia Tengah itu juga akan digunakan bagi mengukur kemampuan pesilat dan srikandi negara menjelang dua pertandingan besar iaitu Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Phuket, Thailand, Januari ini dan Sukan SEA Singapura Jun depan.