RUSSIA: ENGLAND, Belgium dan Sweden memulakan kempen Piala Dunia mereka dengan kemenangan tahun ini.
Malam tadi (18 Jun waktu Singapura), terdapat dua perlawanan iaitu Sweden lawan Korea Selatan (8 malam) serta Belgium lawan Panama (11 malam).
Korea Selatan kecundang 0-1 di tangan Sweden manakala Belgium pula membelasah Panama 3-0.
Dalam perlawanan pada 2 pagi tadi pula, Tunisia yang bertemu dengan England kalah 1-2.