LONDON: England akan mengharapkan bintang penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, meneruskan sentuhan cemerlangnya apabila turun menentang Slovenia dalam pertarungan kelayakan Piala Dunia 2018 yang penting hari ini (2.35 pagi esok waktu Singapura).
Selepas melalui kemarau gol sepanjang Ogos, Kane kembali menemui sentuhan tajamnya bulan lalu dengan menjaringkan 13 gol dalam lapan perlawanan bagi negara dan kelab.