Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

England, Jerman kekal di landasan Piala Dunia 2018

Mar 27, 2017 | 08:04 AM



PARIS: England dan juara bertahan Jerman kekal di landasan bagi mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 pada Ahad (26 Mac), manakala Danny Blind dipecat sebagai jurulatih Belanda selepas pasukannya gagal kali kedua.



Di Wembley, Jermain Defoe, 34 tahun, kembali ke skuad antarabangsa England dengan menjaringkan satu gol ketika England terkial-kial mengalahkan Lithuania 2-0.



Pemain gantian Jamie Vardy menyumbatkan gol kedua England, yang mengukuhkan tempat mereka di tempat pertama Kumpulan F.



Hanya juara sembilan kumpulan di Eropah dijamin tempat di Russia pada 2018.



Slovakia di tempat kedua kumpulan itu, dengan kemenangan 3-1 di Malta, manakala Scotland di tempat ketiga selepas pemain gantian, Chris Martin, menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Slovenia di Glasgow.



Jerman mengekalkan rekod 100 peratus dengan kemenangan 4-1 ke atas Azerbaijan Baku, sekali gus menduduki tempat pertama Kumpulan C.



Juara dunia itu dan Switzerland dua pasukan di Eropah yang belum kalah.



Dua gol Jerman dijaringkan Andre Schuerrle sementara dua lagi oleh Thomas Mueller dan Mario Gomez.



Pemain tengah Dimitrij Nazarov menyumbatkan gol Azerbaijan.



Sementara itu, Blind dipecat sebagai jurulatih Belanda selepas kekalahan 2-0 kepada Bulgaria, yang menipiskan peluang mereka mara ke Russia.



Blind, 55 tahun, menjadi jurulatih sejak Julai 2015, tetapi kekalahan Sabtu lalu di Sofia meletak Belanda di tempat keempat dalam Kumpulan A, enam mata di belakang pendahulu Perancis.



Ireland Utara kekal di tangga kedua Kumpulan C, lima mata di belakang Jerman, selepas gol Jamie Ward dan Conor Washington memberi mereka kemenangan 2-0 ke atas Norway di Belfast.



Republik Czech berada dua mata di belakang selepas menewaskan San Marino 6-0.



Poland melebarkan kelebihan mereka di tempat pertama Kumpulan E kepada enam mata selepas Robert Lewandowski dan Lukasz Piszczek menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 di Montenegro.



Dalam kumpulan yang sama, pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 Armenia ke atas Kazakhstan untuk menduduki tempat naib juara. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >