PARIS: England dan juara bertahan Jerman masingmasing menang demi mengekalkan peluang beraksi dalam Piala Dunia 2018, sementara Belanda memecat jurulatih Danny Blind selepas ia tewas 0-2 kepada Bulgaria.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Wembley, England berhempas pulas menembusi benteng pertahanan Lithuania, sebelum Jermain Defoe membuka tirai jaringan.