PARIS: Barcelona tidak akan melakukan kesilapan dengan memperkecilkan Paris St Germain (PSG) bagi pertemuan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu depan selepas pulang dari Paris dengan kemenangan 3-1 awal pagi semalam.
Pasukan gergasi Sepanyol pimpinan Luis Enrique mempamerkan prestasi cemerlang untuk mengetepikan juara Perancis itu melalui sentuhan Neymar dan dua gol Luis Suarez, sekali gus mengorak satu langkah ke pusingan separuh akhir kejohanan musim ini.