LIVERPOOL: Gol penyamaan pada minit terakhir oleh Joe Allen membolehkan Liverpool seri 3-3 dengan Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Rabu (13 Jan).
Pasukan Arsene Wenger dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului pada separuh pertama, tetapi sedang Arsenal di ambang kemenangan, bola tendangan jauh Jordan Henderson ditanduk ke bawah oleh pemain gantian Christian Benteke dan Allen, juga pemain gantian, menjaringkan gol yang layak diraih Liverpool.
Terdahulu, Roberto Firmino menjaringkan dua gol untuk pasukan Jurgen Klopp mendahului, tetapi Aaron Ramsey dan Olivier Giroud cepat bertindak balas dalam pembukaan luar biasa 25 minit.
Gol kedua Giroud meletak Arsenal, yang sedang berusaha menjuarai EPL buat kali pertama sejak 2004, 3-2 di hadapan, tetapi Allen mengecewakan mereka.
The Gunners kini berada di tangga paling atas hanya dek perbezaan gol dengan Leicester, yang mengalahkan Tottenham. - AFP