EPL: Arsenal hanya berdaya seri tanpa gol dengan Southampton

LONDON: Penjaga gawang Southampton, Fraser Forster, bermain dengan cemerlang untuk mengecewakan Arsenal, yang kini tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan liga.

Forster dua kali menyelamatkan percubaan Mesut Ozil pada separuh pertama sedang Arsenal bergelut untuk mencipta peluang.

Beliau lebih sibuk pada separuh kedua sedang pasukan tuan rumah tertekan untuk berjaya, dengan membuat satu terbang bagi menyelamatkan tendangan Olivier Giroud dan dua usaha Theo Walcott yang masuk sebagai pemain gantian.

Percubaan penyerang Arsenal Alexis Sanchez, yang membuat penampilan pertama sejak November lalu selepas kembali daripada kecederaan, juga diselamatkan di garisan sedang Southampton terus berusaha mengekalkan kedudukan seri.

The Gunners kini jatuh ke tempat keempat liga. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 85
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.