LONDON: Yannick Bolasie menjejaskan harapan Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara dengan gol penyamaan bagi Crystal Palace sembilan minit sebelum tamat, menghasilkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada Ahad (17 Apr).
Pasukan Arsene Wenger kelihatan akan menang apabila Alexis Sanchez menjaringkan gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Bagaimanapun, Palace terus bertahan dan diberi ganjaran apabila tendangan Bolasie menewaskan Petr Cech, yang sepatutnya dapat menyelamatkannya, pada minit ke-81. - AFP