EPL: Arsenal kalahkan Leicester pada saat terakhir

LONDON: Danny Welbeck, dalam perlawanan pertama beliau selepas 10 bulan, menjaringkan gol kemenangan dramatik pada masa kecederaan untuk Arsenal mengalahkan Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Ahad (14 Feb).

Bermain dengan 10 pemain berikutan pemecatan Danny Simpson pada minit ke-54, Leicester berpaut pada jaringan 1-1 di Stadium Emirates apabila Welbeck menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-95 hasil sepasan percuma Mesut Ozil.

Gol penyerang England itu, yang masuk sebagai pemain gantian, mengangkat Arsenal untuk berada dua mata di belakang Leicester, pendahulu liga.

Sebelum itu, seorang lagi pemain gantian, Theo Walcott, menjaring gol untuk menyamakan kedudukan setelah Jamie Vardy meletak Leicester di depan hasil tendangan penalti pada babak pertama. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.