Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Chelsea tundukkan United 4-0

Oct 24, 2016 | 07:58 AM



LONDON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menuduh pemainnya membuat "kesilapan tak masuk akal" selepas mereka tewas 4-0 kepada Chelsea apabila beliau kembali ke bekas kelabnya itu pada Ahad (23 Okt).



Gol oleh Pedro Rodriguez, selepas 30 saat, Gary Cahill, Eden Hazard dan N'Golo Kante menimpakan ke atas Mourinho kekalahan paling teruk sejak Real Madrid, yang dipimpinnya ketika itu, dibelasah 5-0 oleh Barcelona pada November 2010.



Kekalahan itu membuat United berada di tangga ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), lima mata di belakang Chelsea, yang naik ke tangga keempat, dan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, Arsenal dan Liverpool.



"Anda datang dengan strategi. Anda tidak boleh melepaskan gol dengan cara yang kami lakukan," kata Mourinho di Stamford Bridge.



"Kami datang untuk mempunyai pendekatan ofensif. Kami mahu mencipta peluang. Kami menunjukkan itu selepas 1-0.



"Gol kedua dan ketiga hasil daripada serangan balas. Jika kami menjaringkan gol, sebagaimana kami hampir melakukannya, untuk menjadikannya 2-1, permainan akan berbeza.



"Ia hari penuh dengan masalah, apabila anda memberi kelebihan kepada lawan dengan tidak melakukan apa-apa.



"Kami membuat kesilapan pertahanan tak masuk akal, kesilapan individu, dan anda menanggung padahnya."



Selepas wisel penamat, Mourinho dengan wajah tegas membisikkan sesuatu ke telinga pengurus Chelsea, Antonio Conte, yang menggesa penyokong tuan rumah supaya bersorak lebih kuat selepas Kante menjaringkan gol keempat Chelsea pada minit ke-70.



Tetapi Mourinho enggan mendedahkan apa yang beliau bisikkan kepada Conte dalam bahasa Italy: "Kata-kata saya kepada Antonio Conte ialah untuk beliau, bukan untuk anda."



Menjelaskan telatah beliau, Conte berkata: "Saya mendengar sokongan Manchester United, sentiasa menyokong pasukan mereka, dan saya meminta pasukan saya tepuk tangan untuk pemain saya.



"Semua pemain berhak mendapat tepukan tangan ini."



Conte menambah: "Saya gembira dengan prestasi ini.



"Kami bermula dengan baik, menggerakkan bola dengan cepat, mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Saya melihat komitmen dalam latihan dan pemain layak mendapat ini.



"Kami bertambah baik. Kami mesti terus berusaha. Hanya dengan berusaha kami boleh bertambah baik." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >