EPL: Chelsea tundukkan West Ham 2-1

LONDON: Penyerang Sepanyol Diego Costa menjaringkan gol minit terakhir untuk Chelsea mengalahkan West Ham United 2-1, sekali gus membolehkan pengurus baru Antonio Conte memulakan kerjayanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan pada Isnin (15 Ogos).

Costa menerima hantaran tandukan daripada pemain baru Michy Batshuayi dan merembat bola masuk melepasi penjaga gol West Ham, Adrian, dalam perlawanan di Stamford Bridge itu.

Pemain pertahanan West Ham, James Collins, sebelum itu mengancam untuk merosakkan permulaan baik bagi Conte dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-78 dalam perlawanan rancak dan bertenaga.

Sebelum itu, Eden Hazard meletak Chelsea di depan sejurus selepas rihat menerusi sepakan penalti setelah Michail Antonio dijatuhkan oleh Cesar Azpilicueta. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.