EPL: City tundukkan Sunderland melalui gol tunggal Aguero

UNITED KINGDOM: Gol ke-12 Sergio Aguero dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) memberi Manchester City kemenangan 1-0 yang sengit di Sunderland pada Selasa (2 Feb).

Pasukan pelawat mendahului pada minit 16 minit dengan jaringan bergaya oleh Aguero, mengingatkan peminat akan kemenangan 4-1 City apabila dua pasukan itu bertemu pada awal musim ini.

Namun, pasukan Manuel Pellegrini gagal menguji penjaga gol Sunderland, Vito Mannone, dengan cukup dan pasukan tuan rumah dengan mudah boleh membuat kejutan jika mereka memanfaatkan dengan lebih baik tiga peluang jelas sebelum separuh masa.

Separuh masa kedua hampir sepenuhnya dikuasai oleh Sunderland, tetapi mereka tidak dapat melepasi pertahanan City, yang akhirnya mengekalkan jurang tiga mata yang memisahkan mereka daripada pemimpin liga, Leicester City, lawan mereka seterusnya. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.