EPL: Crystal Palace dan Everton seri tanpa gol

LONDON: Crystal Palace gagal memanfaatkan keadaan apabila ia hanya berjaya seri tanpa gol walaupun Everton bermain dengan 10 orang, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu (13 Apr).

Everton kehilangan seorang pemain pada awal babak kedua dalam perlawanan di Selhurst Park selepas James McCarthy dibuang padang.

Pada minit ke-52, McCarthy, yang sudah dilayangkan kad kuning dalam separuh pertama kerana mengasari Yohan Cabaye, menyekat Yannick Bolasie, sekali gus mendapat kad kuning kedua lalu dibuang padang.

Melahirkan kekecewaannya, Alan Pardew, pengurus Palace, yang mengalahkan Norwich City 1-0 Sabtu lalu, berkata: "Saya mendapat empat mata daripada dua perlawanan terakhir ini... tetapi wow, kita sepatutnya menang." - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.