Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Dua gol Alli gagalkan Chelsea capai rekod 14 kemenangan berturut-turut

Jan 05, 2017 | 07:37 AM



LONDON: Dele Alli menjaringkan dua gol melalui tandukan hampir sama bagi membolehkan Tottenham Hotspur menewaskan Chelsea 2-0 pada Rabu (4 Jan), mengancurkan harapan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengecapi rekod 14 kemenangan berturut-turut.



Chelsea berharap menjadi pasukan pertama memenangi 14 perlawanan berturut-turut dalam satu musim, tetapi gol Alli, kedua-duanya dibantu Christian Eriksen, menyedarkan mereka daripada mimpi di White Hart Lane.



Akhirnya pasukan Antonio Conte itu setakat berpuas hati menyamai rekod 2002 Arsenal menang 13 perlawanan berturut-turut dalam satu musim, dan sekarang kekal lima mata di atas Liverpool di tempat kedua.



Alli, 20 tahun, kini telah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan berturut-turut dan membolehkan pasukan Mauricio Pochettino itu mencatat kemenangan kelima berturut-turut - kali pertama dalam hampir setahun.



Dengan kemenangan itu, Tottenham berada di tempat ketiga EPL, tujuh mata di belakang Chelsea. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >