EPL: Everton belasah Sunderland 6-2

LIVERPOOL: Penyerang Ivory Coast, Arouna Kone, menjaringkan hatrik apabila Everton membelasah Sunderland 6-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad (1 Nov).

Sunderland dibuai keyakinan selepas kemenangan 3-0 ke atas Newcastle United dalam perlawanan lalu, tetapi walaupun dua kali bola tendangan pemainnya mengena tiang pada peringkat awal dan bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk menjadikan kedudukan 2-2, pasukan Sam Allardyce tetap ditimpa kekalahan besar.

Gol jaringan Jermain Defoe dan Steven Fletcher membolehkan Sunderland menyamakan kedudukan selepas Gerard Deulofeu dan Kone meletak Everton 2-0 di depan.

Bagaimanapun, gol sendiri Sebastian Coates dan jaringan Romelu Lukaku membuat Everton kembali mengawal permainan pada separuh kedua sebelum Kone melengkapkan hatriknya.

Dengan ini, Everton berada di tangga kelapan liga sementara Sunderland kekal dua tangga dari bawah. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.