EPL: Giroud selamatkan Arsenal daripada ambang kekalahan

LONDON: Tandukan Olivier Giroud pada masa kecederaan membolehkan Arsenal akhirnya seri 3-3 di Bournemouth selepas kelihatan akan kalah apabila ketinggalan 3-0 setelah 70 minit dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Selasa (3 Dis).

Cabaran Arsenal, yang kini di tempat keempat, bagi mahkota EPL bak akan pudar apabila Ryan Fraser memberi Bournemouth gol ketiga sejurus sebelum sejam perlawanan, selepas Charlie Daniels dan Callum Wilson menjaringkan gol sebelum rehat.

Namun, tandukan Alexis Sanchez memberi pasukan Arsene Wenger harapan 20 minit sebelum tamat perlawanan. Ini diikuti oleh gol hasil tendangan sangga Lucas Perez tidak lama kemudian.

Dan Gosling hampir memberi Bournemouth gol keempat, membuat Arsenal panik. Kemudian kegelisahan tuan rumah Bournemouth meningkat apabila kapten Simon Francis dilayangkan kad merah kerana terjahan tidak kemas ke atas Aaron Ramsey selepas 82 minit.

Pertahanan Bournemouth kemudian tewas pada minit kedua daripada enam minit masa kecederaan apabila Giroud menanduk bola masuk daripada hantaran Granit Xhaka.

Dengan ini, Arsenal kekal di tempat keempat dengan 41 mata daripada 20 perlawanan, lapan mata di belakang pendahulu Chelsea yang akan bermain di Tottenham pada Rabu. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,117.030 -20.540