EPL: Gol Eden Hazard hebat namun Chelsea dan Liverpool seri

LIVERPOOL: Gol masa kecederaan Christian Benteke membolehkan Liverpool mendapat satu mata setelah seri 1-1 dengan Chelsea di Anfield pada Rabu (11 Mei).

Gol pembukaan Eden Hazard sungguh hebat dan layak memenangi sebarang pertandingan serta kelihatan cukup untuk Chelsea, namun Benteke menanduk bola hantaran silang Sheyi Ojo untuk meluaskan rekod Liverpool tidak kalah di tempat sendiri kepada 13 perlawanan.

Keputusan itu mengekalkan jurang 10 mata antara dua pasukan tersebut, dengan Liverpool, finalis Liga Europa, di tempat kelapan dan Chelsea kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL). - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.