Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Gol kontroversi beri Arsenal kemenangan ke atas Burnley

Oct 03, 2016 | 07:50 AM



LONDON: Satu gol kontroversi pada minit akhir apabila bola terbias dari tangan Laurent Koscielny dari jarak dekat, daripada tendangan Alex Oxlade-Chamberlain, memberi Arsenal kemenangan 1-0 di Burnley dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad (2 Okt).



Kemenangan bertuah itu dicapai sedang pengurus Arsene Wenger menyambut ulang tahun ke-20 beliau di kelab itu.



Wenger mengakui Arsenal "bernasib baik" untuk menang, yang membuat pasukan itu naik ke tangga ketiga dalam EPL.



"Kami bernasib baik hari ini untuk untuk menang kerana kami sedikit letih dan kami melakukan beberapa kesilapan teknikal, terutamanya pada separuh pertama," ujar Wenger kepada BBC, sambil menambah beliau perlu melihat rakaman semula gol tersebut sebelum mengulas mengenainya.



Sedang Burnley menyangka mereka telah memperoleh keputusan seri hasil titik peluh mereka, pertahanan mereka gagal menangani satu tendangan sudut pendek dari kanan.



Bola ditanduk kepada Oxlade-Chamberlain, yang menendangnya masuk setelah terkena tangan Koscielny, yang mungkin berada dalam kedudukan offside, pada saat akhir masa tambahan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >