EPL: Gol Rashford bantu Man U tundukkan Man City 1-0

MANCHESTER: Remaja sensasi Marcus Rashford cemerlang lagi apabila Manchester United menang 1-0 di Manchester City pada Ahad (20 Mac) untuk menghidupkan semula peluang mereka menduduki antara tempat empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rashford, 18 tahun, memalukan pemain pertahanan City, Martin Demichelis, untuk menjaringkan gol selepas hanya 16 minit permainan, menjadikan jumlahnya lima gol dalam lapan penampilan pertama pasukan.

Kemenangan itu meletak pasukan Louis van Gaal hanya satu mata daripada City, yang menduduki tempat keempat.

City juga menghadapi ancaman daripada West Ham United, yang juga berada hanya satu mata daripadanya di tempat kelima, hasil kelebihan gol daripada United.

Pengurus City yang bakal meninggalkan kelab itu, Manuel Pellegrini, juga kehilangan penjaga gol Joe Hart dan pemain sayap Raheem Sterling akibat kecederaan dalam perlawanan di tempatnya sendiri itu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.