Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Gol Shinji Okazaki perkukuh semula Leicester di tempat pertama

Mar 15, 2016 | 07:30 AM



UNITED KINGDOM: Gol menakjubkan Shinji Okazaki menundukkannya pengurus baru Newcastle, Rafael Benitez, apabila Leicester City memperkukuh semula kelebihan lima matanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 pada Isnin (14 Mac).



Benitez memimpin Newcastle buat kali pertama sejak dilantik sebagai pengganti Steve McClaren, dipecat, tetapi pemain antarabangsa Jepun, Okazaki, 29 tahun, yang mencuri tumpuan dengan gol daripada tendangan akrobatik pada minit ke-25.



Gol keenam Okazaki musim ini itu membolehkan Leicester mengatasi semula Tottenham Hotspur di tempat kedua dengan lima mata. Sebelum itu, Tottenham mengurangkan jurang tersebut kepada dua mata dengan kemenangan di Aston Villa pada Ahad.



Tendangan percuma Riyad Mahrez dari jauh di sebelah kanan hanya dibersihkan sejauh Marc Albrighton, dan hantaran silangnya di tanduk balik oleh Jamie Vardy untuk Okazaki menjaringkan gol.



Dengan kekalahan di Stadium King Power itu, Newcastle kekal di zon penyingkiran. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >