Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Leicester terus mara walau Tottenham benam United

epl
Apr 11, 2016 | 07:32 AM



LONDON: Leicester City terus mara dengan luar biasa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan yang mengekalkan kelebihan tujuh matanya di puncak liga, selepas pesaing terdekat mereka, Tottenham Hotspur, juga menang pada Ahad (10 Apr).



Leicester berterima kasih kepada dua gol babak kedua penyerang England, Jamie Vardy, dalam kejayaan 2-0 ke ke atas Sunderland, yang diancam penyingkiran, di Stadium of Light.



Gol Vardy pada minit ke-66 menjadinya pemain Leicester pertama menjaringkan 20 gol liga dalam musim liga utama Inggeris sejak pemain hebat England, Gary Lineker, manakala yang kedua pada masa tambahan mengatasi rekod itu.



Perlawanan Tottenham di tempat sendiri menentang Manchester United tertunda 30 minit selepas bas pasukan pelawat terperangkap dalam kesesakan trafik dalam perjalanan ke White Hart Lane.



Tetapi ia tidak dapat menjelaskan bagaimana United melepaskan tiga gol dalam tempoh enam minit babak kedua, memberi Tottenham kemenangan 3-0.



Dele Alli memecah kebuntuan pada minit ke-70 dan, sebelum United sedar, Toby Alderweireld dan Erik Lamela menjadikan kedudukan 3-0.



Kemenangan itu menjamin Tottenham antara empat tempat teratas EPL dan dalam Liga Juara-Juara, sementara United kekal di tangga kelima EPL, empat mata di belakang Manchester City di tempat keempat.



Dalam satu lagi perlawanan EPL pada Ahad, Liverpool naik ke tangga kelapan selepas mengalahkan Stoke City 4-1 di Anfield.



Alberto Moreno meletak Liverpool didepan tetapi Stoke menyamakan kedudukan melalui Bojan Krkic.



Liverpool kembali mendahului melalui gol Daniel Sturridge, sebelum pemain gantian, Divock Origi, menjamin kemenangan dengan dua lagi gol. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >