EPL: Leicester tundukkan Tottenham 1-0

LONDON: Tandukan lewat Robert Huth mempertingkat harapan Leicester City untuk mengakhiri Liga Perdana Inggeris musim ini di antara empat tempat teratas - dan berpotensi lebih daripada itu - apabila ia mengalahkan Tottenham Hotspur 1-0 di White Hart Lane pada Rabu (13 Jan).

Pasukan Claudio Ranieri itu kini di tempat kedua liga, hanya kerana Arsenal, di tempat pertama, mempunyai kelebihan gol, dan kembali mengejar kelayakan Liga Juara-Juara selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan.

Huth memenangi perlawanan itu buat Leicester dalam cara paling mudah. Pemain tertinggi di padang itu mendapati dirinya tidak dikawal pada minit ke-83 untuk menanduk bola masuk daripada satu tendangan sudut oleh Christian Fuch.

Spurs kini berada di tangga keempat liga, tujuh mata di bawah Arsenal dan Leicester. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.