EPL: Liverpool benam Everton 4-0

LONDON: Liverpool mengekalkan penguasaan mereka ke atas Everton dalam pertemuan setempat Merseyside di Anfield pada Rabu (20 Apr), yang melihat pemain Everton Ramiro Funes Mori dibuang padang kerana terkaman kasar pada separuh kedua.

Liverpool tidak pernah di bawah sebarang tekanan serius dan menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama melalui Divock Origi dan Mamadou Sakho, kedua-duanya daripada hantaran James Milner.

Daniel Sturridge masuk sebagai pemain gantian untuk menjadikan kedudukan 3-0 dan Philippe Coutinho menyelesaikan serangan Liverpool untuk memberi kemenangan 4-0.

Sturridge menggantikan Origi, yang dibawa keluar di atas pengusung selepas Funes Mori menyerang buku lali penyerang Belgium itu, yang mengundang kad merah daripada pengadil.

Liverpool kini kekal ditangga ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL), sementara Everton ke-11. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.