EPL: Liverpool kalahkan Watford 2-0

LIVERPOOL: Joe Allen dan pemain gantian Roberto Firmino menghukum dua kesilapan pertahanan untuk melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan, apabila mereka mengalahkan Watford 2-0 pada Ahad (8 Mei).

Pengurus Jurgen Klopp melakukan lapan perubahan pada skuad Liverpool yang menyingkirkan Villarreal untuk layak ke perlawanan akhir Liga Europa minggu lalu bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield itu.

Memandangkan ia perlawanan yang tidak mempunyai banyak makna, kedua-dua pasukan tidak menunjukkan persembahan yang menimbulkan banyak kenangan buat peminat.

Watford seolah-olah lebih berminat bertahan, membiarkan Liverpool menyerang dan cuba mendapatkan gol hanya melalui serangan balas.

Bagi Liverpool, jelas sekali tumpuan mereka ialah Piala Europa. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.