EPL: Liverpool menang walau main dengan 10 orang

LONDON: Pemain gantian, Christian Benteke, mendapat dan menjaringkan penalti pada minit ke- 96 apabila Liverpool, yang bermain dengan 10 pemain, bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di Crystal Palace dalam Liga Perdana pada Ahad (6 Mac).

Gol pada minit ke-48 oleh Joe Ledley dan pembuangan padang pemain midfield Liverpool, James Milner, kerana dua kesalahan kad kuning kelihatan meletak Palace di landasan terbaik untuk mencatat kemenangan pertama dalam 12 perlawanan liga.

Namun, Roberto Firmino menyumbatkan gol penyamaan pada minit ke-72 dan Damien Delaney melakukan cabaran gopoh terhadap Benteke hingga membolehkan penyerang Belgium itu menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit akhir.

Kemenangan itu membolehkan pasukan Jurgen Klopp memanjat dua tempat ke tangga ketujuh EPL, sementara pasukan Alan Pardew kekal di tangga ke-15. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.