EPL: Liverpool seri dengan Man City, Man U menang

LONDON: Sergio Aguero menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69 dalam perlawanan berkesudahan seri 1-1 dengan Liverpool pada Ahad (19 Mac).

Keputusan di di Stadium Etihad itu sekali gus menghalang Manchester City kehilangan kelebihan dalam persaingan bagi empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool kelihatan akan naik melepasi City ke tempat ketiga selepas James Milner menjaringkan gol bagi pasukan itu menerusi sepakan penalti pada awal babak kedua.

Bagaimanapun, jaringan Aguero mengekalkan City satu mata di atas pesaing mereka itu, yang telah bermain lebih satu perlawanan.

Sementara itu, Manchester United naik ke tangga kelima EPL pada Ahad selepas kemenangan 3-1 ke atas Middlesbrough, yang memecat pengurus Aitor Karanka pada Khamis.

Walaupun tanpa Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Wayne Rooney dan Ander Herrera, United menyerang balas dengan baik.

Marouane Fellaini meletak mereka di depan pada 30 minit dengan gol liga pertamanya musim ini dan Jesse Lingard menjaringkan gol kedua dari jarak 20m selepas sejam perlawanan.

Pemain gantian Boro, Rudy Gestede, merapatkan jurang 12 minit sebelum perlawanan berakhir, tetapi penjaga gol Victor Valdes tergelincir pada masa tambahan, membolehkan Antonio Valencia menjaringkan gol ketiga United.

Middlesbrough, pasukan dengan jumlah gol paling rendah dalam liga, masih belum memenangi satu perlawanan liga pun tahun ini.

Tottenham pula mengatasi ketiadaan penjaring gol terbanyak Harry Kane untuk menewaskan Southampton 2-1 dan merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Ahad.

Jaringan pada separuh masa pertama oleh Christian Eriksen dan Dele Alli di White Hart Lane memberi pasukan Mauricio Pochettino kusyen yang mereka perlukan untuk menang selepas James Ward-Prowse merapatkan jurang pada awal babak kedua.

Dalam satu lagi perlawanan EPL pada Ahad, Bournemouth mengalahkan Swansea City 2-0. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,327.830 +17.030