EPL: Liverpool seri, Man City menang

LONDON: Liverpool kehilangan dua mata dalam persaingan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Jermain Defoe menyempurnakan dua sepakan penalti bagi membolehkan Sunderland seri 2-2 dalam melawan mereka di Stadium of Light pada Isnin (2 Jan).

Manchester City, yang kehilangan satu pemain, melonjak ke tempat ketiga apabila menewaskan Burnley 2-1 di tempat sendiri - Gael Clichy dan pemain gantian Sergio Aguero menjaringkan gol pada babak kedua selepas Fernandinho dilayangkan kad merah sebelum rehat.

Kebimbangan Hull City disingkir daripada EPL meningkat apabila mereka tewas 3-1 di West Bromwich Albion walaupun mendahului, manakala Middlesbrough mendapat satu mata apabila seri 0-0 dengan juara bertahan Leicester City di Stadium Riverside.

Pengurus Everton, Ronald Koeman menikmati kemenangan 3-0 ke atas bekas kelabnya, Southampton, walaupun gol yang dijaringkan oleh Enner Valencia, Leighton Baines dan Romelu Lukaku semua datang lewat. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,041.950 +16.470