LONDON: Manchester City naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kemenangan selesa 2-0 di Bournemouth pada Isnin (13 Feb).
Pasukan Pep Guardiola mengurangkan jurangnya dengan pendahulu liga, Chelsea, kepada lapan mata dengan kemenangan di Stadium Vitality itu.
City pulih daripada kehilangan Gabriel Yesus pada awal perlawanan akibat kecederaan buku lali bagi mencapai kejayaan itu.
Raheem Sterling menendang bola perlahan masuk bagi gol pertama City selepas hantaran Leroy Sane terpesong ke laluannya.
Pemain gantian Sergio Aguero menyumbatkan gol kedua City selepas Sterling menggelecek bek kanan Bournemouth, Adam Smith. - Agensi